24 Rumah Rosak Dilanda Ribut

BALING -Sebanyak 24 buah rumah di empat kampung dalam Mukim Teloi, di sini petang tadi, rosak akibat dibadai ribut.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, ia membabitkan dua kampung iaitu Kampung Carok Beras Sayak, Kampung Carok Beras Ulu, Kampung Banggol Serdang dan Kampung Islam Kembai, lapor BH.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak, berkata sebahagian bumbung beberapa rumah penduduk diterbangkan angin dan ada yang mengalami kerosakan pada bahagian struktur rumah.

“Rekod awal sebanyak 15 buah rumah rosak di Kampung Carok Beras Sayak, sebuah di Kampung Banggol Serdang serta empat buah masing-masing di Kampung Carok Beras Ulu dan Kampung Islam Kembai.

“Kejadian terbabit juga tidak membabitkan kemalangan kepada penghuni rumah terbabit.

“Buat masa ini, pusat pemindahan sementara tidak dibuka kerana semua mangsa masih tinggal di rumah mereka dan ada yang menumpang rumah saudara,” katanya yang dihubungi BH di sini sebentar tadi.

Shamsul Izrin berkata, bantuan awal akan dihantar kepada semua mangsa dengan kadar segera.

“Saya meminta mangsa segera membuat laporan polis bagi memudahkan bantuan disalurkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.