Zika Di Malaysia Disifatkan ‘Rumit’

Pengarah Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Kheong menyifatkan kes Zika di Malaysia sebagai ‘rumit’ selepas seorang pesakit virus Zika disahkan meninggal dunia.

 

Pegawai kanan Kementerian Kesihatan itu berkata, ia merupakan kes kematian pertama yang menyerang pesakit jantung di Sabah.

 

Menurutnya, keadaan itu tidak boleh dibandingkan dengan kes lampau.

 

Memetik laporan China Press, keadaan itu menyebabkan Kementerian Kesihatan terpaksa bergantung kepada maklumat dari luar negara.

 

Tambahnya, satu mesyuarat atasan juga akan diadakan pada Isnin untuk membincangan strategi bagi memerangi virus bawaan nyamuk Aedes tersebut.

 

Jelasnya, mesyuarat tersebut juga akan menilai langkah-langkah yang diambil termasuk membincangkan kemungkinan mengubah suai garis panduan yang digunakan.

 

Sementara itu, pakar kardiologi, Dr. Lim Bee Chian mengakui Zika merupakan virus baharu dalam dunia perubatan Malaysia dan sukar mengenal pasti tahap bahayanya.

 

“Apa yang boleh dipastikan ialah pesakit akan menunjukkan tanda-tanda mirip denggi dan risiko maut adalah 30 peratus lebih tinggi ke atas kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik,” katanya.

 

Mengenai pesakit yang meninggal dunia di sabah, Bee Chian berkata, apa-apa sahaja virus boleh mengundang keradangan miokardium.

 

“Namun belum dapat dipastikan sama ada Zika membawa kepada keradangan miokardium dan seterusnya mengakibatkan serangan jantung dan maut ke atas pesakit (di Sabah),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.