Polis Tidak Campur Tangan Siasatan Rasuah Bapa ADUN DAP

GEORGETOWN – Polis tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim, yang dituduh mengatur pemilikan hartanah di Sungai Pinang.

 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, berkata setakat ini juga tiada laporan polis dibuat terhadap Lim Keat Seong, 68, berkaitan kes berkenaan.

 

Justeru, katanya, siasatan bagi kes terbabit hanya akan diuruskan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

 

“Pada 31 Ogos lalu, EXCO Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo ada memaklumkan secara tidak rasmi kepada saya mengenai perkara ini.

 

“Bagaimanapun, saya kurang pasti sama ada siasatan berhubung kes ini pernah dijalankan sebelum ini atau sebaliknya. Kami juga tidak menolak kemungkinan akan menghubungi Jagdeep semula bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenainya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Dialog Industri Hospitaliti: Ancaman Keselamatan dan Kerentanan Isu di sini, pagi tadi.

 

Keat Seong direman tujuh hari sejak Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengatur pemilikan rumah kos rendah di Sungai Pinang. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.