Polis Disyaki Cederakan Guru Ditahan

IPOH – Dua anggota polis yang disyaki mencederakan seorang guru ditahan bagi membantu siasatan dalam satu kejadian di Lenggong, dekat sini pada 30 Ogos lalu.

 

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, tangkapan telah dibuat pada siang tadi dan permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu, dekat Gerik esok.

 

“Anggota berkenaan bertugas di Balai Polis Lenggong dan disyaki mencederakan orang awam yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong.

 

“Pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan. Tindakan untuk siasatan telah diambil,” katanya dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

 

Menurut Abdul Rahim, siasatan akan dilengkapkan dalam kadar segera dan akan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri Perak.

 

Kejadian berlalu pada 30 Ogos lalu sekitar pukul 7.15 malam.

 

Difahamkan mangsa dicederakan selepas dia disangkakan seorang penagih dadah dan cuba melarikan diri semasa didekati suspek.- Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.