Perjumpaan Tun Mahathir, Anwar Tindakan Politik Terdesak – TPM

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam sebagai tindakan politik terdesak.

 

Beliau berkata, Tun Mahathir dilihat sebagai tidak ikhlas kerana tujuan utama pertemuan itu adalah untuk meraih sokongan politik daripada pembangkang.

 

“Saya menghargai usaha yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu jelas memperlihatkan jiwa besar beliau yang sanggup menemui seteru politik beliau.”

 

“Namun, umum melihat bahawa tindakan itu merupakan tindakan politik yang terdesak kerana beliau mengetahui bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar walaupun mungkin dekat di hati Tun Mahathir tetapi pada bacaan umum, tujuan tersirat beliau adalah untuk bukan bersetuju dengan Datuk Seri Anwar, bukan setuju untuk berkawan sebagaimana kenyataan beliau tetapi mempunyai tujuan politik atas keadaan yang terlaku terdesak kerana beliau memerlukan sokongan parti-parti dalam kumpulan pembangkang untuk menyertai beliau.”

 

“Atas keterdesakan itulah maka perkiraan Tun Mahathir bertemu dengan Datuk Seri Anwar dan umum menganggap pertemuan politik yang tidak mempunyai keikhlasan,” katanya memetik laporan Awani.

 

Terdahulu, dalam tempoh 18 tahun, Tun Mahathir menemui bekas timbalannya itu di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kes saman Anwar bagi mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.