Video: Peguam Tunjuk Isyarat Lucah Di Forum Pindaan Akta 355

SHAH ALAM — Bosan asyik diganggu ketika ucapannya, peguam Siti Kasim menunjukkan isyarat lucah kepada sebilangan peserta forum isu memperkasakan mahkamah syariah petang ini.

 

Forum ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’ anjuran Sinar Harian diadakan bagi mengulas kontroversi usul presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

Usul itu dibentangkan sebagai rang undang-undang (RUU) persendirian Mei lalu tetapi akan dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat akan datang.

 

Ucapan Siti, yang mengetuai saman sivil bagi menyekat RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016, yang mengaitkannya dengan hudud diganggu ejekan dan bunyi bising.

 

Berita Berkaitan;-

‘Saya Tidak Kesal, Mereka Layak Dapat Isyarat Lucah’ – Siti Kasim

 

Beliau menuntut penjelasan pemimpin kanan PAS Datuk Takiyuddin Hassan, seorang ahli panel forum, mengapa beliau (Siti) perlu hidup mengikut undang-undang yang ditafsir oleh parti itu.

 

“Saya Melayu. Saya seorang Melayu dan seorang Islam. Kenapa saya perlu dikawal, dihimpit oleh orang-orang begini. Ini adalah antara saya dengan tuhan.

 

“Kenapa saya perlu mengikut Islam kamu,” katanya, sebagai hadirin, ketika sesi soal jawab.

 

Sebelum kembali ke tempat duduknya, beliau menunjukkan isyarat jari tengah kepada mereka yang mengganggunya, kelihatan berada di bahagian sisi kiri atau belakangnya. – MalayMail

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.