Najib Mahu Rakyat Turut Sumbang Idea Bajet 2017

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat untuk bersama menyumbang cadangan dalam penyediaan bajet 2017.

 

Beliau berkata mereka boleh berbuat demikian mulai semalam hingga 19 September di laman khas yang disediakan.

 

“Anda ada cadangan bernas dan ingin menyumbang kpd #Bajet2017? Sebarkan bahawa mulai 5-19 September, idea boleh dikemukakan di https://bajet2017.najibrazak.com,” katanya dalam catatan di laman Twitter.

 

Idea yang telah disumbangkan setakat ini merangkumi topik seperti kos sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan pendidikan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.