Mahathir Sedia Terima Agenda Reformasi, Kata Azmin

KUALA LUMPUR – Pertemuan antara mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Anwar Ibrahim membuktikan mereka yang pernah bersengketa sejak 18 tahun lalu memiliki jiwa besar tatkala negara berdepan dengan krisis kepimpinan dan memerlukan satu hala tuju untuk menyelamatkan negara dan memulihkan ekonomi.

 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan itu bukan sekadar dua insan bersalaman tetapi dua negarawan yang sanggup mengenepikan perbedaan dan kegetiran masa lampau demi masa depan negara dan rakyat Malaysia yang lebih terjamin.

 

“Seperti yang disebut oleh Anwar di mahkamah, kehadiran Dr Mahathir membuktikan bahawa beliau bersedia menerima agenda reformasi,” kata Azmin, dalam kenyataannya, hari ini.

 

Beliau turut menyuarakan keyakinan ia bakal menjadi pengukuhan parti politik pembangkan dalam menghadapi Pilihan Ray Umum ke-14 (PTRU14).

 

“Saya yakin ini satu permulaan ke arah perpaduan umat dan pengukuhan parti – parti politik yang progresif sebagai persiapan untuk Pilihan Raya Umum ke 14,” katanya, yang juga timbalan presiden PKR.

 

Dr Mahathir bertemu Anwar di mahkamah semalam ketika ketua umum PKR itu ingin menfailkan injunksi bagi menghalang perdana menteri meneruskan pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

 

Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan. – BeritaDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.