Ekonomi Malaysia Berkembang 4.1% Berbanding Singapura 2 Peratus

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara pada 2016 terus mampan disebalik kelembapan ekonomi  dunia dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 4.1 peratus  pada setengah tahun pertama berbanding masa sama lalu.

 

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, pertumbuhan KDNK  negara adalah yang terbaik dalam kelangan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)  malah Singapura hanya berkembang 2% berbanding Malaysia.

 

“Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5 peratus berbanding Singapura 89 peratus dan  lebihan dagangan kita pada 2015 sebanyak RM95 bilion dan RM45 bilion untuk  tempoh enam bulan pertama tahun ini,” katanya dipetik Bernama.

 

Unjuran terhadap ekonomi negara terus menunjukkan perkembangan positif  sungguhpun terdapat pelbagai spekulasi serta tuduhan dari pelbagai pihak  termasuk pembangkang yang mendakwa negara dilandasan menuju muflis.

 

Jelas Johari, pertumbuhan mampan ekonomi negara dipacu oleh sektor perkhidmatan  yang menyumbang 54% kepada KDNK negara, pembinaan (23%), perlombongan (9%) dan  pertanian (9%).

 

“Pasaran modal kita juga kukuh iaitu sebanyak RM2.8 trilion, pasaran ekuiti  RM1.7 trilion dan Sukuk/Bon RM1.1 trilion,” katanya sambil menambah rizab semasa  Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM400 bilion.

 

Dalam pada itu, agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings, Moody’s serta  Standard & Poor’s terus mengekalkan penarafan A- kepada negara yang menunjukkan  kestabilan ekonomi negara.

 

“Penarafan oleh Fitch, Moody’s dan Standard (amp) Poor’s kekal pada A-  berbanding semua negara ASEAN, kecuali Singapura, menunjukkan kita lebih baik,”  kata Johar lagi. – Malaysian Digest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.