82 Maut Dalam Gempa Bumi Terbaru Di Indonesia

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 82 dilaporkan maut dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Lombok pada Ahad, yang turut menggegarkan Bali, selepas seminggu insiden sama mengorbankan lebih 10 mangsa.

Menurut Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan Indonesia, ribuan mangsa meninggalkan kediaman mereka di Lombok untuk berkumpul di kawasan terbuka yang menjadi pusat perlindungan kecemasan.

Pihak itu meletakkan angka kematian pada 82, lebih dua kali ganda dari jumlah yang dilaporkan sebelumnya pada 39, dengan kebanyakan yang mati dari kawasan utara dan barat Lombok.

Gempa bumi bermagnitud 7.0 pada skala Richter itu, berlaku jam 6.46 petang waktu tempatan, telah mencetuskan amaran tsunami singkat.

Ia turut mengakibatkan kerosakan bangunan hingga ke Denpasar di Bali, termasuk sebuah pusat membeli belah dan terminal lapangan terbang, menurut pihak berkuasa.

Video menunjukkan orang ramai menjerit panik keluar dari rumah mereka di Bali dan kenderaan mereka bergoncang.

Di Lombok, anggota tentera dan pasukan penyelamat lain menggunakan pengusung dan permaidani bagi mengangkut mangsa yang tercedera ke pusat pemindahan.

BACA: Kedutaan buka bilik operasi, rakyat Malaysia di Lombok diminta bertenang

BACA: Menteri Undang-Undang Singapura terkandas dalam insiden gempa bumi di Lombok

Muhammad Rum, ketua agensi pengurusan bencana di wilayah Nusa Tenggara Barat, yang termasuk Lombok, dipetik berkata stesen televisyen tempatan, jumlah yang terkorban telah meningkat kepada 39 orang.

Terdahulu, laporan mengatakan sekurang-kurangnya tiga maut. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.