Video: Mahathir Paksa Zahid Letak Jawatan Semasa Dalam ISA – Najib

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan keyakinan penuh terhadap kesetiaan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib berkata, beliau percaya Zahid akan tetap setia dah teguh di belakangnya kerana katanya tidak mungkin Timbalan Perdana Menteri itu sudah lupa apa yang telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir kepadanya sewaktu memegang kuasa sebagai Perdana Menteri.

Beliau merujuk penahanan Zahid di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan dipaksa meletak jawatan sekiranya mahu dibebaskan lebih awal dari tahanan.

“Sebab itu Zahid  tak lupa. Sebab itu tak masuk akal lepas jadi TPM dia jumpa Mahathir minta sokongan. Tak mungkin dan tak betul dan satu fitnah sama sekali,” kata Najib ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Shah Alam hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.