Polis Cari Pemandu Honda CR-V Langgar Penunggang Motosikal

PETALING JAYA – Polis Daerah Petaling Jaya sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT, semalam.

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal terbabit yang berusia 24 tahun dipercayai bergesel dengan SUV terbabit dan cedera yang mana ia dirakam oleh pemandu lain dan viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata polis juga sudah memperoleh nombor pendaftaran SUV terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata setakat ini hanya penunggang motosikal, iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun tampil membuat laporan malam semalam.

Katanya, siasatan awal, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.16 petang ketika mangsa yang bekerja di Atria Soho dalam perjalanan pulang ke rumah di Setia Alam melalui lebuh raya berkenaan.

“Ketika kejadian penunggang motosikal itu berada di lorong kiri. Pemandu CR-V yang memandu di lorong kanan tiba-tiba mengubah laluan dan melanggar mangsa menyebabkan dia terjatuh.

“Selepas perlanggaran itu, pemandu SUV terbabit tidak berhenti sebaliknya terus meninggalkan lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penunggang motosikal itu cedera di tapak tangan kanan, luka kecil pada tangan serta siku kiri.

Mohd Zani berkata, setakat ini pemandu SUV itu masih belum tampil membuat laporan dan hasil semakan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Terdahulu, rakaman video kemalangan yang dipercayai diambil dari sebuah kenderaan lain yang turut melalui lebuh raya berkenaan viral di media sosial sejak semalam. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!