Halle Berry Hampir Hilang Anak

Aktres Hollywood, Halle Berry mendedahkan bahawa dia pernah berdepan situasi cemas apabila anak perempuannya hilang daripada pandangannya ketika membeli-belah.

Menurut portal Femalefirst.com. pelakon berusia 50 tahun itu berkata, situasi itu membuatkan dia bertindak meminta pihak butik menutup premis berkenaan bagi mencari Nahla.

“Kejadian itu berlaku ketika Nahla masih lagi kecil. Saya terlalu leka melihat pakaian. Apabila saya menoleh, saya lihat dirinya sudah tiada di sisi.

“Ketika itu saya menjerit menyuruh kedai itu agar ditutup. Tiada orang meninggalkan premis itu sehingga saya menjumpai anak saya,” katanya seperti yang memetik Kosmo.

Mengimbas insiden itu, aktres filem Kidnap itu memberitahu, ketika itu dia merasakan seolah-olah tidak akan menjumpai anaknya lagi buat selama-lamanya.

Bagaimanapun, katanya, dia bernasib apabila Nahla yang kini berusia sembilan tahun ditemui beberapa meter daripada lokasinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!