Guru Ini Menakutkan, Bergambar Intim Dengan Pelajar Perempuan

Tindakan seorang guru yang memuatnaik gambar-gambar intim bersama pelajar perempuannya telah mencetuskan kecaman ramai.

Dalam foto tersebut, guru tersebut dilihat memeluk dan hampir mencium gadis-gadis muda yang berbeza-beza.

Guru lelaki berkenaan dikenalpasti sebagai Faizuddin Laskar yang mengajar di sekolah menengah di Katllicherra, India.

Menurut laporan media tempatan, DY-365, Faizuddin dipercayai pesalah bersiri dan pernah didakwa kerana insiden yang sama. Dia juga pernah dipukul oleh orang ramai kerana mencabul seorang wanita.

Selepas tersebar gambar-gambar berkenaan, ibu bapa kepada beberapa pelajar perempuan itu telah membuat laporan polis terhadap Faizuddin.

Namun guru berkenaan hanya disoalsiasat oleh polis dan dibenarkan pulang selepas itu.

Kes berkenaan turut mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) dan telah membuat laporan dengan Suruhanjaya Perlindungan Hak Kanak-kanak di Assam.

NGO berkenaan menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas guru tersebut berdasarkan akta sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.