Video: PM Sahkan Flaperon Milik Pesawat MH370

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penemuan serpihan sayap di Pulau Reunion milik MH370.

 

Pengumuman itu dibuat berikutan hasil siasatan penemuan serpihan sayap (flaperon) pesawat di Pulau Reunion minggu lalu.

 

 

Flaperon itu kemudiannya dibawa ke Toulouse, Perancis untuk diperiksa oleh pakar penerbangan di sana yang mana ia turut disertai oleh pasukan khas dari Malaysia.

 

Pada 2 Ogos lalu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan penemuan serpihan flaperon itu adalah sebahagian daripada pesawat Boeng 777.

Namun ketika itu, masih belum dapat dipastikan sama ada ia milik penerbangan MH370 atau sebaliknya.

 

Sebelum ini banyak spekulasi yang menyatakan serpihan itu milik MH370 kerana ia adalah satu-satunya pesawat Boeing 777 yang dianggap terhempas di Lautan Hindi.

 

Pesawat MH370 hilang dari radar kira-kira tengah malam pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227‎ penumpang dan 12 anak kapal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.