Tiada Penahanan Pegawai SPRM – Khalid Abu Bakar

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan adanya penahanan dibuat oleh pihaknya ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

“Tidak…Kami tidak ada menahan mana-mana pegawai SPRM hari ini (Rabu),” Katanya yang dipetik daripada Astro Awani pada malam Rabu.

 

Beliau berkata, polis hanya mengambil keterangan dua pegawai jabatan itu serta seorang Timbalan Pengarah di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

 

Terdahulu, terdapat dakwaan polis menahan dua pegawai SPRM selepas dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan kes melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Dua pegawai tersebut hadir ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya bersama seorang yang berjawatan Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM.

 

Dakwaan tersebut turut menjelaskan polis menggeladah ibu pejabat SPRM bagi mencari dokumen serta barangan berkaitan seperti komputer dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.