Segera Wujudkan Akta Isytihar Dana Politik – SPRM

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan akta mahupun undang-undang khas diwujudkan bagi membolehkan siasatan terhadap mana-mana parti politik di negara ini yang menerima dan politik boleh dilakukan agensi itu.

 

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, menerusi undang-undang tersebut ia membolehkan agensi berkenaan menjalankan siasatan dan mendedahkan butiran terperinci berkaitan identiti penyumbang kepada dana politik.

 

Menurutnya, jika undang-undang tersebut dilaksanakan di Malaysia, mana-mana parti politik diwajibkan mengisytiharkan jumlah dan penyumbang dana politik yang diterimanya.

 

“Dalam isu derma atau dana politik kita tidak ada undang-undang khas. Kita cadangkan kepada kerajaan agar segera wujudkan akta ini, dan pada tahun 2008 kita juga pernah cadangkan akta ini untuk diwujudkan.

 

“Melalui akta ini sebarang dana politik yang disumbangkan kepada mana-mana parti politik perlu diisytiharkan kepada umum. Sekarang ini peruntukan tersebut tiada,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ditemui pada Luncheon Talk dan sambutan Hari Raya Aidilfitri SPRM Kelantan bersama sektor swasta di Kompleks SPRM negeri. Turut hadir, Pengarah SPRM negeri, Aziz Aban. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.