Ribuan Nyatakan Sokongan Terhadap SPRM Di Laman Sosial

Kuala Lumpur – Kurang 24 jam selepas tertubuhnya kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Rakyat Bersama SPRM” di laman Facebook, ia berjaya menarik penyertaan hampir 7,000 pengguna laman sosial.

 

Pengasas dan pentadbirnya, Azlan Sharif, 34 yang terkejut dengan sambutan itu berkata, pada mulanya beliau hanya menjemput 170 rakannya menyertai kumpulan itu yang ditubuhkan bagi menyatakan sokongan kepada perjuangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

“Secara jujur saya terkejut juga. Saya hanya kenal 170 orang yang saya jemput itu. Orang lain dalam kumpulan itu saya tidak kenal.

 

“Tetapi jelas sekali, orang ramai menyokong SPRM yang kini berdepan cabaran hebat dalam penyiasatannya terhadap rasuah dan salah guna kuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

 

Azlan, seorang aktivis sosial yang terlibat dalam kerja kemanusiaan dengan kumpulan seperti Orang Asli berkata, beliau memulakan laman Facebook Rakyat Bersama SPRM itu selepas pukul 6 petang semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.