Rekod Penyelenggaraan Bukti Serpihan Sayap Pesawat Milik MH370

PUTRAJAYA – Serpihan flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion disahkan milik MH370  berdasarkan rekod penyelenggaraan MAS pada komponen pesawat itu.

 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu dibuat hasil siasatan pasukan pakar Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), MAS dan pasukan siasatan terhadap serpihan tersebut.

 

“Jadi sangat jelas pasukan kami ada rekod sendiri. Sudah disahkan bahawa rekod penyelenggaraan itu milik MAS.

 

“Pada masa sama, tanda pengesahan (seal) yang ada pada flaperon dikenal pasti oleh pasukan penyelenggaraan MAS. (Yang) penting, warna dan ciri-ciri teknikal lain mengesahkan ia milik MH370,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.