Profesor, Penuntut Jalani Latihan Ketenteraan

Baghdad (Iraq) – Ratusan pensyarah dan penuntut universiti di Iraq dilaporkan menyertai latihan ketenteraan yang bertujuan untuk memerangi kumpulan militan IS yang bermaharajalela di negara tersebut.

 

Kelmarin, akhbar dalam talian tempatan melaporkan kesemua mereka diajar teknik dan taktik serta dilatih menggunakan senjata selepas pihak berkuasa agama menggesa golongan tersebut mengambil kesempatan untuk menjalani latihan persediaan itu ketika cuti musim panas.

 

Difahamkan, saranan itu dibuat selepas keganasan semakin meningkat di utara dan barat Iraq sejak IS mula menguasai beberapa kawasan di negara itu pada Jun tahun lalu.

 

Sejak beberapa bulan lalu, tentera Iraq bekerjasama dengan kumpulan angkatan bersenjata tempatan giat melancarkan operasi untuk merampas semula kawasan dikuasai IS. – Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.