Penunggang Motosikal Maut Digilis Lori

Kuala Lumpur – Seorang wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya digilis lori dalam kejadian di Jalan Tun Razak, hari ini.

 

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Norfarahsuhana Mohd Adil, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

 

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Honda Wave itu dalam perjalanan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

“Siasatan awal mendapati mangsa telah melanggar bahagian belakang sebelah kiri lori yang berada di lorong kanan.

 

“Pelanggaran itu seterusnya mengakibatkan mangsa terjatuh lalu digilis lori terbabit sehingga menyebabkan kepalanya hancur,” jelasnya.

 

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jabatan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.