Pembangkang Matanglah!

Kuala Lumpur – Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik, Datuk Seri Salleh Said Keruak meminta ahli politik pembangkang bersikap lebih matang dan tidak menjadikan perbezaan pendapat terhadap sebarang keputusan kerajaan sebagai alasan membawanya kepada protes jalanan.

 

Dalam kenyataan terbaru yang dimuat naik di blog, bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, ketika keputusan kerajaan boleh dipertikaikan oleh pembangkang, ahli politiknya tidak boleh mengambil jalan keluar dengan meminta orang ramai membuat perhimpunan jalanan dan menyebabkan rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan.

 

“Sudah tiba masanya parti pembangkang Malaysia menjadi lebih matang dan tidak menjadikan perbezaan pendapat dengan sebarang keputusan kerajaan sebagai alasan untuk membawanya kepada perhimpunan jalanan dan rusuhan.

 

“Budaya jalanan ini yang menjatuhkan kerajaan di kebanyakan negara Asia dan Timur Tengah.

 

“Bagaimanapun, perubahan berubahan yang berlaku selepas itu tidak selalunya lebih baik dan sudah banyak kali negara itu menjadi lebih teruk,” katanya sambil menambah bahawa Malaysia memerlukan pembangkang yang lebih bertanggungjawab.

 

Menjadikan keputusan kerajaan British yang terbaru, untuk menjual saham dalam Bank Diraja Scotland (RBS) dalam kerugian, sebagai contoh, Salleh berkata, walaupun membantah tindakan itu, pembangkang British tidak meminta rakyatnya membuat bantahan dan rusuhan supaya kerajaan dijatuhkan menerusi keganasan itu.

 

“Pada 3 Ogos, kerajaan British menjual 5.4 peratus saham yang dimiliki dalam RBS pada harga £3.30 (RM19.93) sesaham yang dibeli tujuh tahun lalu dengan nilai £5.00 (RM30.20) sesaham. Ini mengakibatkan kerugian lebih £1 billion (RM6.04 billion) bagi kerajaan UK (United Kingdom)

 

“Tindakan terbaru ini mengundang kritikan daripada pembangkang yang berasa bank itu sepatutnya dimiliknegarakan berbanding diswastakan.

 

“Turut dipertikaikan, keputusan kerajaan yang `rugi’ £1 billion dalam penjualan itu,” katanya.

 

Berikutan itu, Salleh berpendapat ketika perkara seumpama itu berlaku, sekalipun dalam negara yang dianggap telus dan maju UK, pihak pembangkangnya masih mampu berpandangan jauh dan matang.

 

“Sejarah menunjukkan mana-mana kerajaan yang mengalami perubahan menerusi cara keganasan, kemudian akan dijatuhkan juga menerusi kaedah dan keseimbangan kaum di Malaysia terlalu sensitif untuk dipertaruhkan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!