PDRM Tetap Mahu Ekstradisi Pengarang Sarawak Report

KUALA LUMPUR – Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown akan tetap diektradisi ke Malaysia sejurus mendapat kebenaran daripada mahkamah di United Kingdom (UK).

 

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menjelaskan, proses untuk mengektradisi Brown perlu melalui beberapa proses perundangan di negara itu terlebih dahulu.

 

“Pihak Peguam Negara perlu membentangkan fakta yang kukuh di mahkamah mereka berhubung kes membabitkan Brown di negara ini.

 

“Sekiranya pihak mahkamah di UK berpuas hati dengan hujah kita, maka Brown boleh diektradisi. Namun jika keputusan mahkamah memihak Brown, kita terpaksa menghormati keputusan mereka,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.