MH370: Keluarga Mangsa Tidak Puas Hati, Tuntut Penjelasan Lanjut

Kuala Lumpur – Keluarga Penyelia Penerbangan MH370, Patrick Francis Gomes berkata, pengesahan bahawa pesawat itu terhempas masih belum mencukupi untuk menamatkan misteri berkenaan kerana mereka menuntut penjelasan lebih lanjut mengenai punca kehilangannya.

 

“Sekarang saya ingin tahu di mana bahagian utama pesawat itu supaya kita boleh keluarkan penumpang dan mendapatkan kotak hitam, supaya kita tahu apa yang berlaku.

 

“Hanya selepas itu bagi kami barulah perkara ini selesai sepenuhnya,” kata Jacquita Gonzales, isteri kepada Patrick Francis Gomes. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.