Lelaki Maut, Kereta Rempuh Pacuan Empat Roda

Kluang – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Kluang menuju ke Ayer Hitam malam tadi.

 

Mangsa dikenali sebagai Mohd Azlan Pansha, 40 maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Saga yang dipandunya merempuh Mitsubishi Triton pada jam 7.50 malam.

 

Difahamkan kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan terbabit.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, sepasukan anggota daripada Balai Bomba Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.08 malam.

 

“Empat anggota mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit pada kenderaan yang dinaikinya,” katanya.

 

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom di Kluang untuk dibedah siasat.

 

Pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.