Lelaki Maut Kereta Langgar Lori Tangki Di Plaza Tol

SEREMBAN – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya melanggar sebuah lori tangki di Plaza Tol Mambau, Lebuh Raya Seremban – Port Dickson, pagi tadi.

 

Sa Song Nai, 60, dari Taman Seri Pagi, Senawang, di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.58 pagi itu, kereta Proton Satria yang dipandu Song Nai melanggar bahagian belakang sebuah lori tangki ketika pemandu kenderaan berat itu sedang membayar tol.

 

Pegawai Bomba Kanan II Badrotamam Abd Rahim, dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Dua, di sini, yang mengetuai operasi menyelamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.59 pagi.

 

Sebaik tiba pada jam 3.15 pagi, katanya, tujuh anggota mengambil masa selamat 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

 

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini dan kematiannya disahkan oleh pihak hospital. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.