Ketepikan Fahaman Politik, Bersatu Demi Agama

PASIR MAS – Orang Melayu disaran bersatu padu dan melupakan segala perbezaan politik bagi memastikan kesucian agama Islam di negara ini terus terpelihara.

 

Pengerusi Persatuan Penggerak Masyarakat Kawasan Tendong, Alim Shah Abdullah berkata, pihaknya khuatir dengan situasi semasa yang memperlihatkan berlakunya perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

 

“Jika perkara ini tidak dibendung dengan baik, saya bimbang akan jadi barah kepada masyarakat, seterusnya beri kesan buruk kepada negara.

 

“Perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang bukan perkara remeh dan memerlukan perhatian sewajarnya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mesyuarat Agung Tahunan Penggerak Masyarakat Tendong di Kampung Becah Durian, semalam.

 

Perasmian majlis itu disempurnakan Pengerusi Majlis Pembangunan Parlimen Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat.

 

Kata Alim Shah lagi, sudah tiba masanya orang Melayu mengetepikan fahaman politik dan bersatu demi agama Islam.

 

Menurutnya, perpaduan Melayu adalah jalan terbaik bagi memastikan syiar Islam terus syumul di negara ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.