Kanak-Kanak 11 Tahun Bersalin Disyaki Dirogol Lelaki 30-an

JEMPOL – Seorang kanak-kanak perempuan yang baru berusia berusia 11 tahun yang melahirkan bayi lelaki di sebuah klinik swasta di sini semalam dipercayai menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang berusia sekitar 30-an.

 

Mangsa yang merupakan murid sekolah tahun lima di sini di bawa ke klinik swasta oleh neneknya selepas mengadu sakit perut sebelum dikejutkan dengan berita cucunya itu mengandung dan sakit perut kerana mahu bersalin.

 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias dalam satu kenyataannya mengesahkan keluarga mangsa sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.,

 

“Keluarga kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis. Pihak kami harap dapat menangkap suspek dalam waktu yang terdekat. Ini melibatkan kes rogol,” kata Hamzah dipetik dari The Star.

 

Siasatan awal polis mendapati suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam perbuatan terkutuk itu dilaporkan tidak mempunyai sebarang kaitan kekeluargaan dengan mangsa tetapi memiliki rekod jenayah lampau dan kini sedang diburu.

 

Kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan pesalah akan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.