Izara Aishah Tolak Adegan Rogol, Berkemban

Aktres Izara Aishah berpendapat sesetengah adegan yang melibatkan aksi bersentuhan dalam drama mahupun filem wajar dipaparkan namun bergantung kepada sejauh mana adegan itu dapat memberikan lagi impak untuk jalan cerita sesebuah karya itu.

 

Misalnya babak anak dan ibu bermaafan, secara logik aksi berpengangan tangan atau berpelukan tidaklah keterlaluan jika ianya dipaparkan.

 

“Tengok macam mana keadaan itu logik ataupun tidak kalau nak bersentuhan itu, contohnya kalau babak mak dengan anak untuk meminta maaf seharusnya berpegangan tangan rasanya tak logik kalau tak berbuat seperti itu. Tak sedap untuk orang pandang atau tengok.

 

“Bagi saya pula kalau adegan bersuami dalam sesebuah cerita lagi suka kalau kata adegan itu tidak perlu untuk bersentuhan atau tak payah pegang lelaki. Izara selesa kalau tak pegang semua itu, tapi tengoklah keadaan jalan cerita tetapi tetap ada batasannya,” katanya.

 

Dalam pada itu pelakon filem Pilot Cafe ini berkata, dia pernah ditawarkan oleh produser watak yang menuntut dia melakukan adegan seperti babak dirogol dan berkemban dengan bayaran yang tinggi tetapi dia dengan secara tegasnya dia menolak dan berbincang secara baik.

 

“Ada yang tawarkan tapi mungkin mereka tidak tahu bahawa babak seperti adegan rogol atau berkemban memang Izara takkan buat. Banyak sangat cerita melayu yang suka sangat adegan rogol.

 

“Ada sesetengah mereka yang menawarkan harga yang tinggi untuk melakukan aksi tersebut. Tetapi saya berkeras menolaknya kerana itu adalah pendirian saya,” katanya.

 

Baru-baru ini, Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengeluarkan kenyataan mengenai babak-babak atau aksi yang keterlaluan seperti berpegangan tangan atau apa sahaja yang bersifat erotik tidak boleh lagi dipertontonkan pada masyarakat.

 

Sehubungan itu, ramai di kalangan peminat yang menyokong keputusan LPF, malah ada juga yang menentang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.