Dua Pegawai SPRM Ditahan Selepas Beri Keterangan

Putrajaya – Polis menahan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah dipanggil sebelum ini.

 

Kedua-dua mereka ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya pada Rabu.

 

Terdahulu, kedua-duanya didapati telah hadir ke berkenaan bersama Timbalan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai untuk memberi keterangan.

 

Menurut jurucakap SPRM, ketiga-tiga pegawai berkenaan yang dipanggil pada jam 3 petang keluar daripada IPD Putrajaya pada kira-kira jam 6.45 petang.

 

“Mereka dipanggil berhubung kes kebocoran maklumat 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Dua lagi yang ditahan sebelum ini turut dipanggil bersama Kang Sai.

 

“Namun dua pegawai itu selain Kang Sai ditahan dan polis membawa mereka ke ibu pejabat SPRM untuk proses geledah dokumen serta barangan berkaitan seperti komputer dan lain-lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

 

Difahamkan, salah seorang pagawai yang ditahan ialah Pegawai Bahagian Operasi Khas SPRM, Roslan Che Ahmad.

 

Roslan sudah diambil keterangannya oleh polis pada Isnin bersama dua lagi pegawai iaitu Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik SPRM, IG Chandran.

 

Bagaimanapun, jurucakap berkenaan masih belum mendedahkan nama seorang lagi pegawai yang ditahan.

 

Kang Sai merupakan pegawai SPRM ketujuh yang dipanggil untuk memberi keterangan selepas dua pegawai dari Bahagian Operasi Khas diminta berbuat demikian semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!