Datuk Bandar, Isteri Di Pekan Kecil Brazil Maut Ditembak

Brasilia – Seorang datuk bandar sebuah pekan kecil di Brazil dan isterinya ditembak mati semalam dengan polis mengesahkan kejadian itu masih disiasat.

 

Jurucakap polis berkata, mayat Daniel Antonio de Sousa dan isterinya, Elizeth Bruno de Barros ditemui di kediaman mereka di Matrincha, pekan yang hanya mempunyai 4,000 penduduk yang terletak di tengah negeri Goias.

 

“Mereka telah dibunuh dengan senjata api,” kata jurucakap polis itu.

 

Pada Mei lalu, Datuk Bandar Paraty, sebuah bandar peranginan di negeri Rio de Janeiro cedera apabila diserang menggunakan senjata api. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.