Bayi 3 Tahun Maut Ditembak Budak Lelaki

Chicago – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun didakwa menembak mati seorang bayi di Detroit, lapor media Amerika Syarikat media semalam.

 

Budak lelaki itu didakwa menembak mati seorang bayi lelaki  berusia tiga tahun pada hari Isnin, dan bayi itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital, lapor The Detroit News dan media lain.

 

Menurut CBS Detroit, polis di tempat kejadian berkata, budak lelaki itu telah bermain dengan pistol.

 

The Detroit News dipetik Pendakwaraya Wayne County Kym Worthy sebagai berkata budak lelaki itu telah melawat rumah bapanya di sebelah timur Detroit apabila dia mendapati pistol di dalam almari.

 

Namun nama budak lelaki itu tidak didedahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.