Backstreet Boys Muat Naik Foto Seluar Londeh

Bukan saja masih terus bertahan di persada muzik antarabangsa sejak 22 tahun lalu, kumpulan pop terkenal era 90-an dari Amerika Syarikat, Backstreet Boys (BSB) juga masih tahu cara untuk mencuri tumpuan peminat seluruh dunia,meskipun bukan dengan buah tangan album terbaharu, lagu baru atau persembahan konsert.

 

Sempena sambutan Hari Seluar Dalam Kebangsaan (National Underwear Day) yang diraikan di Amerika Syarikat pada 5 Ogos, BSB jug tidak ketinggalan sama-sama menghangatkan lagi hari ‘istimewa’ tersebut.

 

Apa yang menjadi bualan sekaligus mencuri tumpuan ramai apabila kumpulan ini memuat naik gambar di laman sosial Instagram yang menunjukkan ekspresi bersahaja mereka berlima walaupun dalam keadaan seluar masing-masing londeh.

 

Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengikut mereka. Ada yang mengatakan itu gambar terbaik daripada BSB berbanding aksi dan gaya mereka selama ini.

 

BSB dianggotai AJ McLean, Howie Dorough, Kevin Richardson, Brian Littrell dan Nick Carter pernah mengadakan konsert mega di Kuala Lumpur sekitar tahun 2001 dan terakhir konsert jelajah, ‘In A World Like This’ pada 3 Mei lalu.

 

Dalma perkembangan terkini, BSB bergabung dengan sebuah lagi kumpulan berpengaruh era 90-an, NSync dan mereka bakal muncul menerusi sebuah filem seram.

 

“Ia sebuah filem seram tentang zombie futuristik versi Barat,” kata Nick Carter dalam satu temubual bersama media antarabangsa baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.