Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Ahad

Kuala Lumpur – Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) yang berlaku di kawasan perairan Labuan dan Sabah (Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

 

Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan sama juga berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Pahlawan, Sulu dan Phuket.

 

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.