32 GRO Dicekup Dalam Ops Noda

Kuala Lumpur – Keghairahan 32 gadis pelayan pelanggan (GRO) melayan pelanggannya terbantut selepas dicekup dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, Isnin lalu.

 

Serbuan jam 11.45 malam itu melibatkan sepasukan anggota Bahagian Pencegahan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

 

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Ahmad Zari Adnan berkata, serbuan hasil risikan dan maklumat pihaknya berjaya menggagalkan cubaan GRO yang cuba melarikan diri daripada ditahan.

 

Menurutnya, majoriti GRO yang ditahan adalah warga Vietnam iaitu seramai 20 orang, Thailand 10 orang dan selebihnya warga Myanmar.

 

“Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai merupakan penjaga premis,” katanya.

 

Beliau berkata, serbuan ini turut memeriksa kesemua pelanggan yang merupakan 21 lelaki warga tempatan serta dua lelaki warga asing dari Pakistan dan Myanmar. – Sinar Harian Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.