Pihak Tidak Bertanggungjawab Cuba Kelirukan Pengguna, Sebar Gambar Cadburry Ada Babi

Kuala Lumpur – Syarikat pengeluar coklat Cadbury Malaysia hari ini sekali lagi menafikan isu berkaitan coklat keluaran mereka mengandungi unsur babi seperti yang dibangkitkan di dalam media-media sosial baru-baru ini.

Bercakap kepada SuaraTV, Ketua Unit Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran berkata produk tidak diedarkan di Malaysia tetapi merupakan keluaran United Kingdom.

“Merujuk kepada sebaran gambar Cadburry ‘Buttons’ yang telah diedarkan di dalam media sosial, kami ingin menjelaskan bahawa produk ini (tersebut) dihasilkan di United Kingdom dan besar kemungkinan ianya telah diimport sendiri oleh peruncit (independent by retailers).

“Kami menasihatkan pengguna untuk merujuk kepada pembungkusan (produk) bagi mendapatkan maklumat asal produk” katanya kepada SuaraTv sebentar tadi.

Menurut Raja Zalina lagi, Cadbury Malaysia langsung tidak mengeluarkan sebarang produk atau pembungkusan seperti yang disebarkan itu dan ia juga langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan produk Cadburry yang mempunyai sijil Halal dan pengesahan dari Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Para pengguna media sosial sebelum ini dikejutkan dengan sebaran gambar pembungkusan coklat yang mempunyai gambar babi dan mendakwa ia merupakan keluaran produk Cadbury Malaysia.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mendakwa wujudnya DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA babi (porcine) bagi tujuan pemantauan.

Pihak JAKIM kemudiannya melakukan satu lagi ujian DNA dan mengesahkan kesmua produk tersebut bebas dari sebarang unsur babi seperti yang didakwa dan mengesahkan ianya halal mengikut hukum syarak.

Menurut JAKIM lagi semua pemegang Sijil Halal Malaysia perlu membuat pengujian berkala bagi produk dan ramuan kritikal (seperti ramuan berasaskan haiwan) di makmal yang telah mendapat akreditasi Jabatan Standard Malaysia.

Pada masa sama, pihak JAKIM juga turut menghantar pasukan pemantauan dan penguatkuasaan halal bagi mengadakan pemeriksaan berkala terhadap seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat itu merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain sebagai sebahagian proses siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.