Nasrudin Hassan Ajak PAS Bangkit Pertahan Khalid Ibrahim

Selain dua tokoh utama PAS mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim disingkir sebagai menteri besar Selangor, seorang lagi pemimpin PAS secara terbuka mahu tokoh PKR tersebut kekal jawatan itu.

Nasrudin Hasan yang juga jawatankuasa PAS Pusat menyamakan kemelut penyingkiran Khalid seperti kes pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 ekoran tuduhan liwat.

Walaupun parti mengarahkan supaya “menutup mulut” berhubung isu pertukaran MB, namun Nasrudin tetap mempersoal kewajaran tindakan itu terhadap Khalid dan wajar dibela sepertimana dilakukan PAS terhadap Anwar.

“Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagaimana Tun Mahathir (Mohamad) melakukannya ke atas beliau?

“Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa TSKI dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ?

“Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela TSKI (Tan Sri Khalid Ibrahim)?” tulis Nasrudin dalam laman Facebooknya.

Mengimbau gerakan membela Anwar sewaktu krisis pemecatan dengan penubuhan GERAK yang diketuai Presiden PAS ketika itu Fadhil Nor, Nasrudin berkata sokongan yang sama perlu ditunjukkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Rakyat bangkit dan membela DSAI. Mereka tidak anggap ini masalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah.

“DSAI mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela DSAI ialah PAS.

“Saya kira andai TSKI disingkir oleh DSAI dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela TSKI yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2!” kata Nasrudin.

 

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

 

GERAK 2.0

1. Pada tahun 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dipecat dari UMNO oleh Tun Dr Mahathir sedang pada waktu itu, DSAI juga adalah Timbalan Perdana Menteri dengan tuduhan skandal liwat. Rakyat bangkit dan membela DSAI. Mereka tidak anggap ini masaalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. DSAI mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela DSAI ialah PAS.

2. Kini tahun 2014, berlaku pergolakan di Negeri Selangor. Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) akan diperlakukan oleh DSAI sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau ? Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa TSKI dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ? Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela TSKI ?

3. Jika DSAI yang disingkir oleh Tun Dr Mahathir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan pelbagai tuduhan, menyaksikan kebangkitan PAS yang dipimpin oleh Al Marhum Dato’ Fadhil Mohd Noor membela beliau melalui GERAK pada waktu itu.

4. Saya kira , andai TSKI disingkir oleh DSAI dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela TSKI yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2 !

 

GERAK 2.0
Nasrudin bin Hassan

One thought on “Nasrudin Hassan Ajak PAS Bangkit Pertahan Khalid Ibrahim

  • August 6, 2014 at 8:50 pm
    Permalink

    Pakatan Rakyat dah jadi Pasar Rabu. Hantam sajalah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.