Konflik Gaza : Menteri Kanan Britain Letak Jawatan

Shah Alam – Dasar Kerajaan Britain menyokong Israel dalam konflik Gaza mendorong seorang menteri kanannya melepaskan jawatan semalam.

Anggota Dewan Negara Britain, Sayeeda Warsi yang juga Menteri Kanan di Kementerian Luar Britain berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tidak mampu lagi menyokong dasar berat sebelah Britain.

Warsi melalui laman Twitter, menzahirkan sebab perletakan jawatan beliau berkait rapat dengan konflik di Gaza yang sehingga kini mengorbankan hampir 2,000 warga Palestin termasuk kanak-kanak.

“Dengan rasa amat kesal dan dukacita, pagi ini saya menulis surat kepada Perdana Menteri dan menyerahkan surat peletakan jawatan. Saya tidak boleh lagi terus menyokong dasar kerajaan berkenaan Gaza,” katanya.

Kerajaan Britain di bawah Perdana Menteri, David Cameron kini berdebat kritikan hebat pembangkang, Parti Buruh ekoran keengganannya mengecam pencerobohan Israel ke Gaza termasuk pembunuhan dilakukan rejim Zionis.

Britain sebelum ini berulang kali menggesa gencatan senjata di Gaza, terbaru Setiausaha Luar Philip Hammond berkata keadaan di Israel sudah melampaui batas.

imagePendirian Britain nyata mengecewakan sehingga Warsi secara terbuka menyatakan perasaan tidak gembira dengan kegagalan Cameron sebelum akhirnya melepaskan jawatan.

Warsi adalah wanita dan penduduk Islam pertama berkhidmat di dalam kabinet selepas menjadi pengerusi pertama Parti Konservatif oleh Cameron selepas pilihan raya umum 2010.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.