Putus Sekutu dengan Trump, Musk Tubuh Parti Sendiri

- Advertisement -

WASHINGTON – Usahawan terkenal Elon Musk secara rasmi mengumumkan penubuhan parti politik baharu yang dinamakan “Parti America”, susulan pergeseran besar beliau dengan Presiden Donald Trump yang pernah menjadi sekutunya.

Pengasas Tesla dan SpaceX itu membuat pengumuman menerusi platform media sosial X (dahulunya Twitter) pada Sabtu, selepas menjalankan satu tinjauan pendapat dalam talian. Dalam ciapan susulan, Musk mendakwa majoriti pengikutnya mahukan sebuah parti baharu.

“Dengan nisbah 2 berbanding 1, anda mahukan parti politik baharu, dan anda akan mendapatnya! Bila melibatkan pembaziran dan rasuah yang membebankan negara, kita hidup dalam sistem satu parti, bukan demokrasi,” katanya.

“Hari ini, Parti America ditubuhkan untuk mengembalikan kebebasan anda.”

Langkah ini hadir selepas hubungan Musk dan Trump retak teruk bulan lalu, khususnya berhubung rang undang-undang besar yang disokong Trump – yang digelar Musk sebagai “boros” dan membazir.

Sebelum ini, Musk pernah menjadi penyumbang besar kepada kempen Republikan dan dilihat sebagai tokoh berpengaruh di belakang pentadbiran Trump.

Musk menyatakan bahawa Parti America tidak akan bertanding secara besar-besaran pada peringkat awal, sebaliknya akan menyasarkan kerusi-kerusi marginal atau ‘swing seats’ yang boleh memberi pengaruh besar dalam undian di Kongres.

“Dengan margin undian yang sangat tipis di badan perundangan sekarang, hanya beberapa kerusi pun sudah cukup untuk jadi penentu undang-undang penting – dan memastikan suara rakyat benar-benar didengari,” katanya.

Walaupun Musk memiliki sumber kewangan besar dan sudah menjanjikan sokongan kepada calon-calon tertentu – antaranya Ahli Kongres Thomas Massie (R-Kentucky) yang kini diserang oleh kumpulan pro-Trump – penubuhan parti baharu bukan sesuatu yang mudah.

Setiap negeri di AS mempunyai undang-undang pilihan raya yang kompleks berkaitan akses kertas undi, pendaftaran parti dan kelayakan calon.

Sehingga kini, Musk masih belum mengumumkan pelan konkrit atau struktur rasmi bagi parti barunya. Malah, dua bulan lalu, beliau pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan penglibatan dalam politik, dengan berkata beliau “telah buat cukup.”

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat