Netizen Sanggah Penafian SPRM Berhubung Pembekuan Akaun Junior Saver CIMB Cucu Najib

KUALA LUMPUR – Isu pembekuan akaun bank cucu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru berusia 10 bulan terus hangat diperkatakan di media sosial apabila netizen tampil menyanggah kenyataan SPRM yang sebelum ini menafikan bertindak demikian.

“Akaun cucu Najib tidak pernah dibekukan,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataan kepada media seperti dilaporkan Sinar Online semalam.

Bertindak balas atas penafian SPRM itu, bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Nor Adam tampil mendedahkan lampiran surat arahan berkaitan pembekuan tersebut.

Lokman Nor Adam berkata surat tersebut membuktikan Akaun Junior Saver milik cucu Najib yang bernama Adam Razak yang didaftarkan atas nama ibunya, Nooryana Najwa Bt Mohd Najib menggunakan nombor akaun 7069275734 telah dibekukan memang betul-betul berlaku.

“SPRM Nak Nafi? Memanglah akaun atas nama ibu sebab Adam masih bayi, tapi tak faham ke erti Junior Saver (Adam Razak), 7069275734 CIMB. Ada ke mak org pakai junior acc,” kata Lokman.

Semakan di laman web CIMB mengesahkan kewujudan akaun jenis Junior Saver dengan pendaftaran minima RM100 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dengan mendaftarkan nama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak.

Sementara itu tinjauan SuaraTV di media sosial berhubung isu ini menyaksikan ramai netizen mempertikaikan kewibawaan pihak yang bertanggungjawab membekukan akaun berkenaan kerana tidak melakukan penyelidikan terlebih dahulu.

“Betul asal setengah org x leh fham..bxxxxnya sprm skrg nk tukar topik pulak x beku konon..pasti lah nama ibunya.. akaun bersama utk kanak2 d bwah umur,” kata Uji Ismail.

“Kantoi ka SPRM…. Ha ha ha.. Motif balas dendam ka… Kena penyakit kat keluarga sendiri baru ada akai,” kata Arrifin Hussin yang turut berkongsi pendedahan tersebut di Facebooknya.

“Betul ker pegawai2 SPRM semuanya terlatih…..sampai procedure bank pun tak tahu camne nak selesai kes2 profil tinggi …..BETUL SPRM NIE….jgn ramai lagi yg akan teraniaya disebabkan ke***** mereka2 nie,” kata Zahid Yusop pula.

“Tak tahan kena kutuk zalim melebihi firaun.. Alih2 yang beku tetiba cair… Lps tu buat penafian,” ujar Wan Salleh Wan Mohamed.

“Kejam dan zalim. Tindakan berdasarkan syak wasangka… Ini salah tanpa bukti kukuh. Polis kalau nak tahan suspek pun nak ada bukti. Tak boleh tahan suka-suka,” kata netizen lain yang menggunakan nama pena Buyung Tembaga.

Terdahulu Nooryana Najwa mendedahkan akaun anaknya yang mempunyai simpanan duit raya pertama RM100 turut menjadi mangsa apabila dibekukan dipercayai atas arahan Pasukan Petugas Khas siasatan 1MDB.

“Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah termasuk akaun duit raya RM100 anak saya yang berusia 10 bulan.

“Apa kaitan duit raya anak saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?.

“(Ia adalah) duit raya pertamanya tahun ini,” kata Nooryana Najwa. – SuaraTV

Berita Berkaitan;-

Akaun Duit Raya RM100 Milik Cucu Najib Berusia 10 Bulan Turut Dibekukan

 

6 thoughts on “Netizen Sanggah Penafian SPRM Berhubung Pembekuan Akaun Junior Saver CIMB Cucu Najib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.