Video : Parlimen Mahasiswa Bakal Bersidang Setiap Negeri

KUALA LUMPUR – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), mencadangkan platform untuk Parlimen Mahasiswa berdebat dan memberikan pandangan mereka di peringkat negeri pula selepas objektif program itu sebelum ini telah berjaya mengetengahkan pandangan golongan muda.

Presidennya, Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Rahman berkata, pada tahun ini pihaknya akan mengumpulkan pandangan-pandangan mahasiswa bagi program Tranformasi Nasional 50 (TN50) dan melihat mereka berbahas secara intelektual dan profesional.

“Untuk parlimen mahasiswa kali ini, kita telah mendapat 20 penyertaan daripada IPTA dan 16 IPTS.

“Kita minta 50 ahli-ahli mahasiswa yang masuk menyertai parlimen mahasiswa tahun lalu untuk meluahkan perasaan dan pandangan mereka dari segi patriotism dan pelbagai kaum.

 
“Malah kita melihat apabila berjayanya ia di peringkat federal, kita akan membawanya ke peringkat negeri. Dimana kita akan dedahkan di universiti peringkat negeri dan mengambil bahagian peringkat negeri dalam memberikan idea. Kita telah buat cadangan (itu) di negeri Pahang, Melaka dan negeri lain,”katanya di pejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu menurutnya, ia dapat memberi ruang dan peluang pula kepada mahasiswa IPT/IPTS di setiap negeri untuk menyuarakan idea mereka tanpa pengaruh pihak luar.

Jesteru, ia sebagai medium bagi mahasiswa untuk menggabungkan dan membentuk kesepakatan kepimpinan mahasiswa di peringkat universiti.

Terdahulu menurutnya, program Persidangan Parlimen Mahasiswa 2017 ini bakal diadakan di Dewan Parlimen pada 18 dan 19 Julai ini. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.