Video : Hanya Peguam Negara Mampu Urus Kes DOJ

KUALA LUMPUR – Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Rahman berkata, hanya peguam negara mampu urus dakwaan dari Jabatan Keadilan (DOJ) kerana ia melibatkan sistem perundangan di negara ini.

Beliau berkata demikian selepas mengulas berhubung isu cubaan campur tangan asing dalam negara yang memanggil mana-mana individu daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberikan sebarang kenyataan berkaitan skandal itu.

“Saman sivil ataupun yang dibuat di peringkat antarabangsa merupakan peringkat perundangan yang mereka anuti. Dan sekiranya ia membabitkan warga negara Malaysia itu sendiri mereka terpaksa menghubungi sistem perundangan negara itu. Macam kita di Malaysia ialah Peguam Negara (Attorney General), sepatutnya jika bermasalah dengan perundangan (yang mengaitkan anak buah) atau anak bangsa kita dan ia adalah salurannya.

“Tak boleh buat teguran daripada jauh (negara asing) itu bukan sistem kita. Dan ia telah dianuti oleh semua negara yang mempunyai kedaulatan sendiri dan kedaulatan negara itu mestilah kita jaga. Kita menjaga kedaulatan kita dan kita juga jaga kedaulatan orang,”katanya keyika ditemui SuaraTV selepas sidang media di pejabatnya di sini sebentar tadi.

Tambahnya, dakwaan dari DOJ itu telah mengganggu sistem perundangan di negara ini.

“Ia terpulang kepada peguam negara. Orang yang sesuai menentukan ada atau tidak kaitan dengan
Negara kita, adalah peguam negara. Orang lain tidak boleh masuk campur.

“Kita ada sistem kita sendiri. Dan sistem perundangan bermula daripada peguam negara dalam negara kita ini. Setiap kes yang nak dibuat melibatkan mahkamah adalah bermula dari peguam negara. Kalau ramai sangat orang huat kucar kacir kita dan kedaulatan kita akan terjejas. Kita kena jaga maruah dan kedaulatan negara,”katanya.

Terdahulu, dakwaan oleh DOJ merupakan satu lagi konspirasi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Kegagalan Amerika Syarikat untuk memanggil mana-mana individu daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberikan sebarang kenyataan berkaitan skandal yang didakwa itu sehingga kini membuktikan ia tidak mempunyai kes terhadap syarikat pembangunan strategik itu.

DOJ perlu menunjukkan keterangan dokumen untuk membuktikan dakwaan tidak berasas dan saman sivil itu didakwa untuk menarik perhatian ramai demi tujuan geopolitik -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.