Baju Persalinan Malam Berinai Ummi Nazeera Tempahan Khas Dari Delhi

Pelakon Ummi Nazeera sedang sibuk memastikan majlis yang dirancang berjalan lancar.

Apatah lagi, majlis perkahwinan Ummi dan Mr I nanti akan diadakan selama empat hari, iaitu malam berinai pada 2 Ogos, akad nikah 3 Ogos, dua majlis resepsi pada 5 dan 12 Ogos dan 19 Ogos majlis di sebelah keluarga bakal suami, seperti memetik laporan BH.

Malah, apa yang menarik menurut Ummi, persalinannya untuk majlis malam berinai bertemakan Bollywood dibawakan khas dari Delhi, India.

Sementara pada hari akad nikah dia akan menggayakan baju nikah rekaan Innai Red, namun busana untuk dua majlis resepsinya masih dirahsiakan.

Bagaimanapun, katanya lagi, majlis akad nikah akan diadakan secara tertutup.

Sementara itu, Ummi mengakui sedikit tertekan kerana mahu menyediakan sesuatu yang terbaik pada hari perkahwinannya.

“Ia termasuklah mencari cenderahati untuk dibawa pulang tetamu yang diraikan. Tambahan pula, empat majlis akan diadakan di pihak saya.

“Selain itu, saya juga harus ke lokasi penggambaran drama Chor & Chah musim kedua terbitan Suhan Movies, bermula 15 Julai ini.

“Saya akan menjalani penggambaran drama berkenaan selama dua minggu dan pihak produksi akan melepaskan saya pada 29 Julai.

“Jadi, saya ada beberapa hari saja untuk berehat sebelum kembali memberikan tumpuan kepada hal perkahwinan,” katanya.

Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis, 29 Januari tahun lalu. Sementara itu, filem terbaru lakonan Ummi berjudul Bisik Pada Langit dijangka diputarkan di pawagam mulai 21 September depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.