Solekan Krisdayanti Dikritik Kerana Terlalu Tebal

Pada usia yang sudah memasuki 40-an, artis Indonesia, Krisdayanti tetap mempertahankan penampilannya agar kelihatan muda dan cantik. Malah sejak kebelakangan ini, Krisdayanti telah tampil dengan dandanan baru.

Gambar-gambar berkenaan telah dimuatnaik dalam Instagram @krisdayantilemos. Dalam gambar itu, jelas kelihatan solekan diva berkenaan dengan gincu tebal dan bulu mata yang tampak besar. Manakala rambutnya dibiarkan mengurai.

Foto yang ia dimuatnaik semalam itu hanya memiliki keterangan singkat bertuliskan, “Thankyou” atau terima kasih.

Namun malangnya gambar terbabit telah mengundang kecaman daripada peminatnya kerana dia dikatakan makeup terlalu tebal.

Ada yang menyifatkan pada usia berkenaan, Krisdayanti tidak sesuai mengenakan solekan keterlaluan.

Di sebalik kecaman, ramai yang memuji Krisdayanti kerana masih cantik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.