Rakyat AS Lebih Percaya Media Berbanding Trump

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kaji selidik mendapati rakyat Amerika Syarikat (AS) lebih percayakan media berbanding presiden mereka.

Menurut laporan TIME, hanya 43 peratus rakyat AS mempercayai Donald Trump.

50 peratus responden lain mengatakan mereka lebih percayakan rangkaian berita CNN.

 

Dari segi parti politik pula, 89 peratus anggota parti Republikan percayakan Trump manakala 9 peratus lebih percayakan media.

Selain CNN, saluran media lain yang menjadi pilihan rakyat AS adalah NBS, CBS, ABC, New York Times dan Washington Post.

Kaji selidik tersebut dibuat oleh secara atas talian oleh Survey Monkey.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.