Penderma Digelar Lalat Sedekah Baju, Seluar Dalam

Tular semalam satu gambar seluar dan baju dalam yang didermakan kepada kakitangan unit sedekah jariah di kawasan yang tak dinyatakan.

Menerusi status yang dikongsikan pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Ghani itu menyifatkan penderma tersebut sebagai lalat.

“Pesan ulamak,jika tidak boleh menjadi garam yang boleh menyelamatkan ikan dari busuk,jangan jadi lalat yang merosakkan ikan (dengan meletakkan berenga)

“Gambar ini saya sertakan adalah contoh mereka yang menjadi lalat. Mereka menghantar seluar dalam dan baju dalam yang terpakai,membusuk dalam dua beg ke projek sedekah jariah pakaian terpakai yang saya kendalikan dalam timbunan pakaian yang dihantar masa cuti raya,”tulisnya.

Dia yang turut mempersoalkan niat sebenar pemberi hanya mampu memohon kepada Allah s.w.t dengan kejadian yang berlaku.

“Apa tujuannya? Kepada Allah saya mengadu,”tulisnya.

Sementara itu, netizen turut memberikan pandangan mereka berhubung perkara itu.

RonaNaniez menulis, “saya pun biasa kutip baju untuk sedekah jariah..baju yang dah berkarat dan koyak pun merek hantar..mereka lupa agaknya kaya atau senang juga ujian Allah kepada mereka..Allah nak tengok sejauh mana mereka uruskan kekayaan dan kesenangan yang ada”.

“Buat dajal betul. Yang dalam-dalam tak payah bagi yang terpakailah……..sedekahlah yang baru beli. Berapa duit je pun,”tulis Norhayati Ahmad Domil.

“Allahuakbar..mana hilangnya nilai murni sesama manusia,”tulis Afiza Mohd Saleh.

Dalam pada itu, tak kurang juga yang menyindir Cikgu itu kerana disifatkan tidak sengaja bertujuan mengaibkan pemberi.

Nur Jannah Salihah menulis, “Sudah sudah lah… Kita pun tak tahu perkara yang sebenarnya… Mungkin termasuk tanpa sedar.. Berbaik sangka lah yaa… Mungkin cikgu Cikgu Ghani Abd Ghani pun menyesal kerana terviral benda ni”.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.