Misteri Anak Kucing Terperangkap Dalam Dinding

Kuala Lumpur – Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur bingung bagaimanapun seekor kucing boleh terperangkap di dalam dinding plaster sebuah pusat beli-belah.

Sehubungan itu, dalam kejadian jam 4.40 petang semalam, seorang pekerja butik pakaian di Setapak di sini menjelaskan dia terdengar bunyi anak kucing, namun tidak pasti lokasinya mengiau, lapor Metro.

Difahamkan, pekerja terbabit kemudian mencari lokasi anak kucing itu berada sebelum mendapati ia datang dari sebalik dinding bilik menukar pakaian.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota APM terpaksa memotong dinding plaster itu untuk memudahkan usaha mencari dan menyelamatkan anak kucing itu.

“Seorang anggota APM kemudian memasuki ruang belakang dinding itu dan mengambil anak kucing terbabit,” katanya.

Dia berkata, persoalan bagaimana anak kucing itu boleh berada di sebalik dinding masih menjadi misteri berikutan tiada lubang atau sebarang ruang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.