Mariah Carey Akui Malu, Kad Kredit ‘Direject’

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Mariah Carey baru-baru ini akui terpaksa menahan malu berhubung masalah kad kreditnya yang direject ketika hendak membuat pembayaran.

Menurut sumber yang dilaporkan Aceshowbiz, Mariah ketika itu berbelanja di butik Rodeo Drive. Ketika hendak membayar salah satu barang berjenama Louis Vuitton, kad kreditnya tidak ‘diterima’.

“Mariah mulanya menyangka kad kreditnya ditolak hanyalah secara tidak sengaja. Selepas tiga kali percubaan, ia masih tidak berjaya. Mariah berasa sangat malu,” dedah sumber itu lagi.

Mahu tidak mahu, Mariah dan pembantunya terus keluar dari butik tersebut dan pergi mengeluarkan wang tunai.

Sekembalinya dia ke kedai itu, penyanyi berusia 47 tahun ini bersikap seolah-olah tidak mahu disalahkan atas insiden itu.

“Dia kembali ke butik dengan seorang pembantu dan pengurusnya, Stella Bulochnikov yang menimbulkan kekecohan. Kemudian mereka membeli barang itu dengan wang tunai,” tambah sumber itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.