Majikan Ambil PATI Bekerja Di Kedai Kek Didakwa Di Mahkamah

SEPANG – Seorang majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengambil 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja di kedai kek miliknya.

Tertuduh, Hamdam Ismail, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Mohd. Said.

Mengikut pertuduhan, Hamdam yang merupakan pemilik Kedai Kek Harissa yang dimiliki oleh Nur Cake House Sdn. Bhd. beralamat di Taman Pinggiran USJ, Subang Jaya , Selangor didakwa mengambil seramai 19 PATI yang tidak memiliki pas yang sah untuk bekerja di premis tersebut ketika serbuan pada pukul 4.40 petang, 23 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum Seksyen 55B(3) Akta yang sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau boleh juga dikenakan sebatan. – Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.