Kerana Tarian Ular, Pengantin Wanita Batalkan Perkahwinan Saat Akhir

Gara-gara menari tarian ular, seorang wanita telah membatalkan perkahwinan dengan seorang lelaki pada hari perkahwinannya.

Lelaki itu, Anubhav Mishra yang mabuk, dikatakan telah menari tarian ular dengan asyiknya selepas seorang saudara mereka memutarkan lagu tarian terbabit, lapor Times Of India.

Perkahwinan antara Mishra Priyanka Tripathi telah diatur oleh keluarga masing-masing. Walaupun tetamu terhibur dengan gelagat Mishra itu, namun tidak bagi Priyanka.

Malahan Priyanka berasa malu dan menangis melihat gelagat bakal suaminya itu. Dia kemudiannya meminta supaya majlis pernikahan mereka dibatalkan.

Walaupun dipujuk keluarganya, dia tetap dengan keputusan itu dan mengusir keluarga Mishra dari rumahnya mengakibatkan berlaku pergaduhan antara keluarga.

Menurut Times of India, Priyanka akhirnya dikahwinkan dengan lelaki lain pada keesokannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.